"We Understand We Care": June 2011

Sunday, June 26, 2011

Ingin Mengetahui Cara-Cara Untuk Menjadi Perunding Kewangan Takaful..???


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.

Permohonan Agent baru



1. Syarat Kelayakan (minimum)
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun

  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)

  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.




2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan agent baru
  • Melengkapkan borang permohonan asal (Fax tidak dibenarkan)

  • Sijil Akademik (min SPM/MCE dengan 5 subjek lulus)

  • Salinan IC (depan / belakang)

  • 6 salinan gambar berukuran passport (tulis nama dan no IC dibelakang setiap keping gambar)

  • Selection Interview Sheet

  • Borang pendaftaran LIAM yang lengkap dan Yuran LIAM sebanyak RM 30.00

  • Sijil PCE ,CEILLI , TBA. Kalau belum ada ketiga2 sijil berkenaan , kita akan uruskan untuk ambil exam.Buku rujukan kita sediakan. 


  • Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic & Conduct yang lengkap diisi

  • Borang Auto Pay

  • Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Agent Sepenuh Masa (full time) perlu menghantar salinan surat perletakkan jawatan daripada syarikat terdahulu.

Maklumat lanjut sila hubungi 0133571701 Husaini @  0193340566 Ridzuan atau email : mohdhusaini@prupartner.com.my

Thursday, June 9, 2011

Prudential Assurance Jenama yang Dipercayai



KUALA LUMPUR 6 Jun – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah merangkul anugerah sebagai salah satu jenama yang paling dipercayai di Malaysia buat tahun keempat berturut-turut pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2011.

Prudential meraih anugerah emas dalam kategori insurans kerana keupayaan menonjolkan kebolehpercayaan serta komitmennya kepada kualiti, nilai, inovasi, tanggungjawab sosial dan memenuhi keperluan sehari-hari pengguna.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran PAMB, Heng Zee Wang berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima gelaran yang amat berprestij sekali lagi.

Katanya, ia akan mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan yang dihargai bagi menolong mereka menjamin masa depan kewangan mereka.

”Kepercayaan merupakan satu unsur yang begitu penting dalam perniagaan kami. Kami gembira kerana mampu meraih kepercayaan pelanggan kami dan mengekalkannya sepanjang masa.

”Melalui kepercayaan dan sokongan padu mereka, kami telah berjaya mencapai jualan perniagaan baharu tertinggi berjumlah RM1.021 bilion tahun lepas,” jelas beliau.

Sebagai penanggung insurans hayat utama yang telah beroperasi selama 87 tahun di Malaysia, PAMB terus percaya kepada kepentingan mendengar dan memahami keperluan pelanggan serta menyediakan produk yang inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti pada setiap masa, katanya.

Zee Wang menambah, PAMB sentiasa mendengar dan memahami dengan jelas keperluan kewangan rakyat Malaysia.

Beliau memberitahu, syarikat amat gembira kerana komitmen ini diiktiraf menerusi anugerah seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah Jenama dan Komunikasi PAMB, Fiona Liao yang menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah di sini baru-baru ini, turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan syarikat dan pasukan agensi kerana menjadi tunggak kekuatan Prudential.

“Bagi kami, pengiktirafan buat kali keempat ini benar-benar merupakan satu penghormatan kepada mereka di atas semua usaha cemerlang yang telah mereka curahkan selama ini.

”Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 1,000 kakitangan dan 12,000 perancang kewangan dan ejen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami pada masa depan,” kata Liao.

PAMB kini mempunyai lebih daripada 1 juta pelanggan di seluruh negara.

sumber : Utusan Online