"We Understand We Care": March 2010

Tuesday, March 16, 2010



Prudential Assurance Malaysia Berhad menjangkakan sumbangan 20% daripada perniagaan pelan pendidikannya tahun ini daripada 15% tahun lalu..

Ketua pegawai eksekutifnya, Charlie Oropeza, berkata sebahagian besar pertumbuhan premium dijangka disumbangkan oleh pelan perlindungan terbarunya iaitu PruMyChild kerana permintaan semakin meningkat dengan jangkaan kadar kelahiran tahunan sebanyak 500,000.

"Dunia hari ini amat mencabar bagi ibu-ibu mengandung dan anak mereka yang belum lahir, terutamanya dalam tempoh membesar. Jadi kami percaya, ciri unik yang ditawarkan melalui pelan PruMyChild akan membantu merangsang pertumbuhan premium kami bagi pelan pendidikan tahun ini", katanya semalam.

PruMyChild, yang ditawarkan dengan premium tahunan minimum RM1200 adalah insurans kanak-kanak yang pertama seumpamanya, yang menawarkan perlindungan ketika kehamilan dan sewaktu masih bayi. - Bernama

sumber : Harian Metro Sabtu 13 Mac 2010