"We Understand We Care": 'Memilih Agen Insurans Yang Bagus'

Saturday, December 12, 2009

'Memilih Agen Insurans Yang Bagus'

Bagaimana anda ingin memilih agen insurans yang bagus, dan dapat membantu anda menangani claim pada masa depan?
  1. Anda perlu selesa dengan agen ini, dari segi bercakap, dari segi fizikal.seronok aja bersembang dengan agen…. ye lah jika anda tidak sesuai atau serasi dengan agen, macamana nanti bila sakit2 nak menghadap agen..betul tak?
    jadi jika anda ada kawan yang buat insurans, risik2 lah pada kawan anda itu dahulu, mana tahu dia tu memang buat kerja bagus.
  2. Pilih agen sepenuh masa, ini kerana ramai agen yang buat insurans ini sekadar suka2 dan anggap ia sekadar pendapatan sampingan. Pentingnya agen sepenuh masa ini kerana apabila anda sakit, agen tersebut mempunyai masa untuk menguruskan proses claim anda ketika berada di hospital.
  3. Tanya previous claim yang pernah dibuat, apakah kesukaran yang dia pernah alami masa nak buat claim. dari cerita2 dia, boleh lah anda tentukan, ok ke tak ok agen ni buat kerja. if agen cerita, claim banyak tak approve sebab asyik salah doktor jer,mungkin anda perlu tanya lebih lanjut…..mungkinkah agen tu kurang arif bab claim, malas nak buat claim, atau memang benar doktor /hospital yang tak membantu utk buat claim….
  4. Jika anda sudah pernah masuk hospital, you should tell ur agent, and dia patut declare perkara itu di dalam borang. katakanlah penyakit itu serius, seperti kes sakit perut ker….perlu juga ditulis dlm borang tu utk mengelakkan non-disclosure. kalau agen tu kata… ‘aa, ini sikit jer tak perlu declare ‘, mungkin anda perlu berhati-hati kerana ada banyak kes claim yang tidak dibayar oleh company insurans kerana non-disclosure.
    sakit perut tapi warded, adalah kes yg bahaya….sebab boleh melarat kepada kes yg lebih besar. bayangkan jika anda tidak beritahu agen/agen kata tak perlu tulis dlm borang proposal insurans, katakanlah selepas setahun anda disahkan mengidap penyakit barah usus…dan kes sakit perut anda itu sebenarnya tanda2 awal……almaklum payahlah anda nak claim pada syarikat insurans…………

No comments:

Post a Comment