"We Understand We Care": Cari Insurans Yang Bagus?

Saturday, December 12, 2009

Cari Insurans Yang Bagus?

Ini soalan yang paling susah dan susah agen nak jawab. hehe @_@. sebabnya, kalau tanya soalan tu kat agen Prudential, mestilah saya kata Prudential the best, kalau tanya agen..er..er..yg lain, mesti dia cakap dia bagus, btul tak???

Jadi macam mana ??

  1. Sebenarnya, cuba tanya diri anda sendiri. Ask your needs. Kenapa mahu insurans? perhaps here a few things to check before buying an insurance policy,
    Untuk apa? Pembiayaan bil hospital jika warded? atau sekadar mahu manfaat penyakit kritikal?
  2. Bagaimana cara pembayaran bil hospital? adakah anda perlu bayar duit anda dulu, claim kemudian? Ini boleh jadi masalah besar, jika bil hospital besar, let’s say RM20,000, mampukah anda keluarkan duit there and then?
  3. Jika anda mencari Medical Card, pastikan tentang ko-insurans. Yang ini isu sensitif. Macam PruBSN Takaful, kami memang nyatakan dengan jelas, co-insurance yang akan dibayar oleh client adalah dari RM300-RM1000 sahaja. Tertakluk kepada 10% dari bil.
    (Cth): Katakan bil RM50,000, 10% adalah RM5000. Tapi anda cuma perlu bayar RM1000 sahaja.
    Anda perlu hati-hati dengan kata-kata agen, pastikan anda baca sendiri pada pamplet/polisi. Kerana memang ada medical card yang bayar 100% bil, tapi tertakluk pada term & conditions.
    Apakah term & conditions nya?
    (Cth): Jika medical card itu membolehkan anda entitle untuk Room & Board RM100, tapi anda masuk bilik RM150, anda akan terus dikenakan ko-insurans 20% dari bil. Jika bil RM20k, 20% adalah RM4000. Ada juga yang limit ko-insurans dari RM300-RM3000.
    Ramai yang hadapi masalah, hal ini tak diceritakan masa sesi penerangan. Lepas dah sign baru cerita.
  4. Hospital Daily Benefits
    Jika anda masuk hospital, adakah diberi elaun harian? Ada company yg bagi elaun harian sehingga RM400 sehari. (Kami pun ada juga). Katakan anda masuk 5hari, anda dah dapat RM2000! bolehlah tampung perbelanjaan pergi-balik suami atau belanja time di hospital.
    Elaun ini adalah berlainan dengan bil atau harga bilik hospital.
    One more thing, adakah jika anda masuk hospital kerajaan, elaun harian cuma RM80? (ada yang bagi elaun jika anda masuk hospital kerajaan sahaja)
  5. Credibility Company Insurance.
    Ini paling penting. Bolehkan company itu membayar claim dengan cepat? Adakah agen nya full time/part time kerana pada sesetengah orang, hal ini memainkan peranan. Kalau boleh, mintak tengok claim report.

Pada saya, jika mahu membeli sesuatu yang long term, perlu pilih company yang hebat & kukuh. Kalau boleh yg speciality company itu hanyalah pada bidang itu sahaja.
Ada banyak lagi. Saya akan cuba sambung lagi insya allah. Yang penting, buatlah pilihan bijak dengan shop & ask around....

No comments:

Post a Comment