"We Understand We Care"

Tuesday, April 5, 2011

Parah Bil Hospital



Ramai hutang kad kredit dan bank untuk jelas kos perubatan swasta yang tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus. Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli. Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit. Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman. Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.


Monday, March 14, 2011

PruBSN lancar pelan takaful keluarga pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) hari ini melancarkan pelan takaful keluarga pertama di Malaysia iaitu PruBSN Ummah yang menawarkan perlindungan dan simpanan kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, pelan baharu ini juga direka khas untuk pelanggan beragama Islam dalam memenuhi keperluan rohaniah mereka.

Menurutnya, PruBSN Ummah merupakan produk takaful yang inovatif kerana membenarkan pelanggan mengeluarkan sebahagian pelaburan selepas lima tahun untuk menampung kos menunaikan haji.

“Jika berlaku kematian ataupun kecacatan kekal kepada pelanggan ketika menunaikan haji, PruBSN Ummah akan membiayai sebanyak RM3,000 untuk kos bagi melaksanakan Haji Badal (wakil).

“Selain itu mereka juga dilindungi khairat kematian sebanyak RM2,000. Pelan baharu ini mampu memberi ketenangan kepada bakal haji dalam usaha memperoleh haji mabrur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran produk itu dan majlis meterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Amanah Raya Bhd. (Amanah Raya).

Selain itu, pelanggan PruBSN Ummah boleh meningkatkan pelan mereka dengan menambah perlindungan komprehensif terhadap 36 jenis penyakit kritikal.

Tambahnya lagi, bagi menghargai pelanggan setia yang membayar mengikut jadual, mereka akan diberi bonus iaitu Elaun Haji sepanjang menunaikan ibadah tersebut.

Credit : Utusan Malaysia Online



Tuesday, March 16, 2010



Prudential Assurance Malaysia Berhad menjangkakan sumbangan 20% daripada perniagaan pelan pendidikannya tahun ini daripada 15% tahun lalu..

Ketua pegawai eksekutifnya, Charlie Oropeza, berkata sebahagian besar pertumbuhan premium dijangka disumbangkan oleh pelan perlindungan terbarunya iaitu PruMyChild kerana permintaan semakin meningkat dengan jangkaan kadar kelahiran tahunan sebanyak 500,000.

"Dunia hari ini amat mencabar bagi ibu-ibu mengandung dan anak mereka yang belum lahir, terutamanya dalam tempoh membesar. Jadi kami percaya, ciri unik yang ditawarkan melalui pelan PruMyChild akan membantu merangsang pertumbuhan premium kami bagi pelan pendidikan tahun ini", katanya semalam.

PruMyChild, yang ditawarkan dengan premium tahunan minimum RM1200 adalah insurans kanak-kanak yang pertama seumpamanya, yang menawarkan perlindungan ketika kehamilan dan sewaktu masih bayi. - Bernama

sumber : Harian Metro Sabtu 13 Mac 2010

Thursday, January 21, 2010

Takafulink, Pelan Takaful yang komprehensif untuk anda. Pelan 3 dalam 1



Perlindungan
* Kematian/ Lumpuh Upaya Kekal
* 36 Penyakit Kritikal
* Kemalangan (Mati/lumpuh upaya kekal)
* Elaun MC (Kemalangan)
* Caruman percuma
* Khairat kematian
* Perlindungan fleksible, boleh tambah atau kurangkan manfaat mengikut keperluan anda.

Simpanan
* Tiada tempoh matang
* Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan anda selepas baki
simpanan melebihi RM2000
* Pulangan Pelaburan yang tinggi antara 9% hingga 11%
* Pelaburan berterusan secara automatik sekiranya menghidap penyakit kritikal
* Tiada caj pengeluaran
* Bagi akaun pendidikan, simpanan ini boleh digunakan sebagai persediaan untuk masuk ke
Universiti.

Perubatan
* Bayaran bil hospital antara RM500,000 hingga RM1,500 000
* Bonus antara RM100 hingga RM500 jika tiada tuntutan pada tahun semasa
* Bayaran terus ke lebih 50 hospital panel di Malaysia
* Perlindungan perubatan dalam dan luar negara
* Elaun Hospital sehingga RM400/hari
* Elaun ICU RM100/hari
* Elaun bedah sehingga RM2,500 bagi setiap prosedur pembedahan.

Takaful Info : Takaful Health from Prudential BSN Takaful. Medical Card pertama dalam pasaran yang memberikan ganjaran bonus buat peserta jika tidak membuat tuntutan dalam setiap tahun polisi. Bonus min RM100 - max RM500 / tahun. Dapatkan medical card anda sekarang. Lindungi diri dan keluarga anda tersayang.


Our Target For 2010

12345 is very nice number...

1 - 1 billion production in 2010

2 - 2500 Wealth Planner

3 -
300 MDAs (Million Dollar Agency)

4 -
400 aspiring wealth Managers

5 -
5000 new recruitment

Saturday, January 9, 2010

Plan Takaful Cerdik Untuk anak2 Anda..




Adakah anda sudah membuat simpanan untuk masa depan anak2 anda,,?? atau bersediakah anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap anak anda,,,,??

Save RM200 monthly with Takafulink Plan

Bermula dengan umur anak anda 1 tahun, ketika umurnya 18 tahun, jumlah simpanan yang dijangka adalah rm45k.. ketika umurnya mencecah 30 tahun,, jumlah simpananya boleh mencecah sehingga rm100k,,, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan anak anda..

Manfaat2 Lain Seperti :

-Pampasan sekiranya berlaku kematian RM50k

-Pampasan sekiranya mengidap penyakit Kritikal RM50k

-Pampasan Kematian Disebabkan Kemalangan RM80k

-Kad Perubatan RM750k(boleh digunakan di hospital swasta yang terpilih)

-Ealun Hospital RM200/hari

Rider Tambahan:

-Manfaat 'contributor' iaitu manfaat dimana premium bulanan tidak perlu
dibayar lagi sekiranya annk anda disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit
kritikal,,

-manfaat 'parent contributor' sama seperti manfaat contributor tetapi sekiranya
parent yang disahkan mengidap penyakit kritikal, premium bulanan tidak perlu dibayar lagi sehingga umur anak mencapai usia 25 tahun,,

Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut..

Friday, January 8, 2010

Which one should I choose? Why Prudential Medical Card?

There are lots of medical card in the market. Why Prudential best of all?

1. Prudential medical card is guaranteed renewal and non-cancelable. Not all company have this features which they have right to terminate your policy if you are claim too much or you are to risky for the company to insured. With Prudential your will be us forever and not will be canceled.

2. We gives hospital allowance to private hospitals and government hospitals. Eg. RM350 per day. Our competitor only gives hospital allowance if you are admitted in any government hospital. So what the purpose of having medical insurance if you want to be admitted in government hospital right?

3. We have the best private hospitals in Malaysia for you medical treatment.

4. We will gives you bonuses if you didn’t make any claim in a year. Eg, RM500

5. If you are diagnosed with Critical Illness, your premium will be paid by Prudential. No more payment taken from you. If you pay for your kids insurance, Prudential also paid the premium for them. No payment but you and family still under coverage by Prudential.

6. Prudential medical card is our product. Handle and manage by us. Our competitor use third party company to manage medical card operation. You know if too many party participant in your claim process, error and delay will happen.

7.Prudential Medical Card have the best and big limit coverage, up to RM1.5 Million.

8. Prudential been in Malaysia since 1924 and trusted by many. Not many company survived from 1924 till today. This shown our financial is strong and able to protect you.

New Plan of Medical Card from Prudential BSN Takaful Berhad


"Takaful Health" iaitu salah satu plan terbaru daripada prudential takaful. Plan ini menyediakan medical card bernialai sehingga RM1.5 juta. Selain itu, anda juga akan diberi bonus (rebat) sehingga RM 500 sekiranya dalam tahun tersebut anda tidak pernah membuat claim.. sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan anda atau hubungi saya untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut..


Tuesday, December 15, 2009

About Khalifah Group

KG- itulah simbol yang tertera pada logo khalifah group. Actually kahalifah group ditubuhkan pada awal januari 2009. Pada mulanya ia merangkumi tiga agensi yang diketuai oleh Encik Mohd Zakaria b. Idris, Encik Mohd Emir Azli b. Mohd Noh Dan juga Encik Kamaruddin b. Najri. Walaubagaimanapun awal Oktober 2009, Khalifah group bergerak dengan diketuai oleh dua orang leader sahaja apabila Encik Mohd Zakaria keluar dari kumpulan ini.. Khalifah group merupakan nama agensi yang saya sertai sekarang dimana kami mempunyai 37 orang ahli termasuk saya. Buat masa sekarang ini ia dieketuai oleh Encik Kamaruddin Najri iaitu pakcik saya sendiri dan dibantu oleh Encik Eimir Azli.. Sesiapa yang ingin menyertai group ini, sila hubungi saya dan ingin tahu lebih detail lagi tentang Khalifah Group, sila layari khalifahgroup.blogspot.com

Monday, December 14, 2009

Jenis-Jenis Penyakit Kritikal

  1. Heart Attack ( Serangan Penyakit Jantung )
  2. Coronory Artery Disease Requiring Surgery ( Penyakit Koronori Arteri Yang Memerlukan Pembedahan )
  3. Stroke ( Strok )
  4. Cancer ( Kanser )
  5. Kidney Failure ( Kegagalan Ginjal / Buah Pinggang )
  6. Paralysis ( Lumpuh Paraplegia )
  7. Major Organ Transplantation ( Pembedahan Organ Utama )
  8. Multiple Sclerosis ( Sklerosis Pelbagai )
  9. Fulminant Viral Hepatitis ( Hepatitis Virus Fulminan )
  10. Pulmonary Arterial Hypertension ( Hipertensi Arteri Pulmonary Utama )
  11. Coma ( Koma )
  12. Blindness ( Buta )
  13. Heart Valve Surgery ( Penggantian Injap Jantung )
  14. Surgery To The Aorta ( Pembedahan Aorta )
  15. Alzheimer’s Disease ( Penyakit Alzheimer )
  16. Deafness ( Hilang Pendengaran / Pekak )
  17. Loss Of Speech ( Bisu )
  18. Major Burns ( Kebakaran Parah )
  19. Terminal Illness ( Penyakit Membawa Maut )
  20. AIDS Due To Blood Transfusion ( AIDS Akibat Transfusi Darah )
  21. Motor Neourone Disease ( Penyakit Motor Neuron )
  22. Parkinson’s Desease ( Penyakit Parkinson )
  23. Chronic Liver Desease ( Penyakit Hati Yang Kronik )
  24. Chronic Lung Disease ( Penyakit Paru-Paru Yang Kronik)
  25. Aplastic Anaemia ( Kegagalan Sum-Sum Tulang Yang Kronik )
  26. Muscular Dystrophy ( Distrofi Otot )
  27. Poliomyelitis ( Poliomelitis )
  28. Bacterial Meningitis ( Meningitis Bacteria Yang Menyebabkan Inflamasi Membran OtakAtau Saraf Tunjang )
  29. Benign Brain Tumor ( Tumor Otak Beningna )
  30. Encephalitis ( Ensefalitis Yang Menyebabkan Inflamasi Bahan Otak )
  31. Full Blown Aids ( Aids Selepas Positif Hiv )
  32. Other Serious Coronory Artery Disease ( Lain-Lain Penyekit Koronari Arteri Yang Serius )
  33. Brain Surgery ( Pembedahan Otak )
  34. Appalic Syndrome Nekrosis Kortex ( Otak Yang Tidak Menjejaskan Pangkal Otak )
  35. Major Head Trauma ( Trauma Kepala Utama )
  36. Loss Of Limbs ( Kehilangan Tangan Atau Kaki )

Ahli Panel Syariah Takaful


Berikut ialah Ahli panel Syariah bagi prudential BSN Takaful

Saturday, December 12, 2009

Cari Insurans Yang Bagus?

Ini soalan yang paling susah dan susah agen nak jawab. hehe @_@. sebabnya, kalau tanya soalan tu kat agen Prudential, mestilah saya kata Prudential the best, kalau tanya agen..er..er..yg lain, mesti dia cakap dia bagus, btul tak???

Jadi macam mana ??

  1. Sebenarnya, cuba tanya diri anda sendiri. Ask your needs. Kenapa mahu insurans? perhaps here a few things to check before buying an insurance policy,
    Untuk apa? Pembiayaan bil hospital jika warded? atau sekadar mahu manfaat penyakit kritikal?
  2. Bagaimana cara pembayaran bil hospital? adakah anda perlu bayar duit anda dulu, claim kemudian? Ini boleh jadi masalah besar, jika bil hospital besar, let’s say RM20,000, mampukah anda keluarkan duit there and then?
  3. Jika anda mencari Medical Card, pastikan tentang ko-insurans. Yang ini isu sensitif. Macam PruBSN Takaful, kami memang nyatakan dengan jelas, co-insurance yang akan dibayar oleh client adalah dari RM300-RM1000 sahaja. Tertakluk kepada 10% dari bil.
    (Cth): Katakan bil RM50,000, 10% adalah RM5000. Tapi anda cuma perlu bayar RM1000 sahaja.
    Anda perlu hati-hati dengan kata-kata agen, pastikan anda baca sendiri pada pamplet/polisi. Kerana memang ada medical card yang bayar 100% bil, tapi tertakluk pada term & conditions.
    Apakah term & conditions nya?
    (Cth): Jika medical card itu membolehkan anda entitle untuk Room & Board RM100, tapi anda masuk bilik RM150, anda akan terus dikenakan ko-insurans 20% dari bil. Jika bil RM20k, 20% adalah RM4000. Ada juga yang limit ko-insurans dari RM300-RM3000.
    Ramai yang hadapi masalah, hal ini tak diceritakan masa sesi penerangan. Lepas dah sign baru cerita.
  4. Hospital Daily Benefits
    Jika anda masuk hospital, adakah diberi elaun harian? Ada company yg bagi elaun harian sehingga RM400 sehari. (Kami pun ada juga). Katakan anda masuk 5hari, anda dah dapat RM2000! bolehlah tampung perbelanjaan pergi-balik suami atau belanja time di hospital.
    Elaun ini adalah berlainan dengan bil atau harga bilik hospital.
    One more thing, adakah jika anda masuk hospital kerajaan, elaun harian cuma RM80? (ada yang bagi elaun jika anda masuk hospital kerajaan sahaja)
  5. Credibility Company Insurance.
    Ini paling penting. Bolehkan company itu membayar claim dengan cepat? Adakah agen nya full time/part time kerana pada sesetengah orang, hal ini memainkan peranan. Kalau boleh, mintak tengok claim report.

Pada saya, jika mahu membeli sesuatu yang long term, perlu pilih company yang hebat & kukuh. Kalau boleh yg speciality company itu hanyalah pada bidang itu sahaja.
Ada banyak lagi. Saya akan cuba sambung lagi insya allah. Yang penting, buatlah pilihan bijak dengan shop & ask around....

'Memilih Agen Insurans Yang Bagus'

Bagaimana anda ingin memilih agen insurans yang bagus, dan dapat membantu anda menangani claim pada masa depan?
  1. Anda perlu selesa dengan agen ini, dari segi bercakap, dari segi fizikal.seronok aja bersembang dengan agen…. ye lah jika anda tidak sesuai atau serasi dengan agen, macamana nanti bila sakit2 nak menghadap agen..betul tak?
    jadi jika anda ada kawan yang buat insurans, risik2 lah pada kawan anda itu dahulu, mana tahu dia tu memang buat kerja bagus.
  2. Pilih agen sepenuh masa, ini kerana ramai agen yang buat insurans ini sekadar suka2 dan anggap ia sekadar pendapatan sampingan. Pentingnya agen sepenuh masa ini kerana apabila anda sakit, agen tersebut mempunyai masa untuk menguruskan proses claim anda ketika berada di hospital.
  3. Tanya previous claim yang pernah dibuat, apakah kesukaran yang dia pernah alami masa nak buat claim. dari cerita2 dia, boleh lah anda tentukan, ok ke tak ok agen ni buat kerja. if agen cerita, claim banyak tak approve sebab asyik salah doktor jer,mungkin anda perlu tanya lebih lanjut…..mungkinkah agen tu kurang arif bab claim, malas nak buat claim, atau memang benar doktor /hospital yang tak membantu utk buat claim….
  4. Jika anda sudah pernah masuk hospital, you should tell ur agent, and dia patut declare perkara itu di dalam borang. katakanlah penyakit itu serius, seperti kes sakit perut ker….perlu juga ditulis dlm borang tu utk mengelakkan non-disclosure. kalau agen tu kata… ‘aa, ini sikit jer tak perlu declare ‘, mungkin anda perlu berhati-hati kerana ada banyak kes claim yang tidak dibayar oleh company insurans kerana non-disclosure.
    sakit perut tapi warded, adalah kes yg bahaya….sebab boleh melarat kepada kes yg lebih besar. bayangkan jika anda tidak beritahu agen/agen kata tak perlu tulis dlm borang proposal insurans, katakanlah selepas setahun anda disahkan mengidap penyakit barah usus…dan kes sakit perut anda itu sebenarnya tanda2 awal……almaklum payahlah anda nak claim pada syarikat insurans…………

Medical Card terbaru dari Prudential & PruBSN Takaful!


Semua medical card/ kad perubatan telah di UPGRADE !!
anda boleh pilih limit 500,000 / 625,000/ 750,000/1 juta / 1.5 juta
kedua-dua Prudential / Prudential BSN Takaful boleh memberikan anda subsidi jika masuk ward sebanyak ini, dengan minimum RM100 sebulan !! (termasuk benefit lain + simpanan).

Co Insurance / Ko-Insurans

Medical Card Prudential & Prudential BSN Takaful( PruBSN) mengenakan ko-takaful / ko-insurans sebanyak 10% daripada jumlah bil hospital (harga bilik tidak termasuk).
Tetapi, ko-insurans cumalah tertakluk kepada rm300-rm1000 sahaja..

Contoh:

Bil Hospital (selepas tolak jumlah bayaran utk penginapan) = RM20,000
10% x 20,000 = RM2000.
ko-insurans cuma maksimum RM1000, jadi anda cuma perlu bayar RM1000.

Bil Hospital RM2000
10%x 2000 = RM200
kerana minima ko-takaful yg perlu dibayar adalah RM300, maka anda perlu bayar RM300.


Jika anda mempunyai elaun harian kemasukan wad sebanyak RM300-RM400, maka ko-takaful yang anda bayar itu, akan di cover oleh Elaun Harian Masuk Wad yang akan anda dapat selepas 2 minggu discharged dari hospital.

"masuk hospital bukanlah untuk buat untung, seboleh-bolehnya jika kita sakit, ada insurans yang tanggung bil yang tinggi "